Pengalaman manis Dr Mawarni sewaktu zaman askar

Pada suatu hari, tiba-tiba Allah ilhamkan nak bercerita tentang pengalaman sewaktu zaman join kursus asas paracut (basic airborne parachute course) 10 tahun yang lalu.

Sebelum saya join private clinic, saya merupakan Pegawai Pergigian di Kementerian Pertahanan selama 3 tahun. I was a Military Officer first, than a dentist. Kami merawat semua tentera, keluarga mereka, bekas tentera dan kakitangan awam yang bekerja di Mindef.

Pada mulanya, pegawai dan senior officers dental yang ada airborne offer semua pegawai baru untuk join kursus ini.

Kursus ini tidak diwajibkan untuk para doktor. Hanya diwajibkan kepada frontliners atau Abang2 Askar Komando dan ahli 10 Briged Para sahaja. Jujurnya kursus ini bagi mereka memang paling basic dan tidak susah pun.

Tapi bagi kami, perempuan dan tiada pengalaman macam ni di luar, ada la perasaan minat dan sesuatu keputusan besar untuk join. Tujuan nak join lebih kepada untuk mencabar diri buat sesuatu yang lebih mengujakan mental dan fizikal. (Adrenaline junkie la konon)..

Maka kami, saya dan rakan baik sekelas UM saya(Dr Nadia) pun menerima tawaran untuk join. Kami sudah berjanji untuk susah senang bersama dalam kursus ni. Lepas terima, dia siap mention, ‘Sebarang penarikan diri tidak akan dilayan’. GULP! What have we got ourselves into???

Bila kami nak masuk entrance Kem Sungai Udang (Kem Komando), saya nampak signboard, “Kehadiran anda tidak diundang, kalau ragu sila pulang”. Sinis dan dalam maksudnya. Kami pun cekalkan hati untuk teruskan.

Dr Nadia seorang yang tak suka berlari tapi dia sangat hebat dalam mengikuti arahan jurulatih dari segi melompat dan sebagainya.

Setiap hari berkilometer kami berlari. Waktu tu, masih belum ada smart watch lagi macam sekarang. Kami selalunya orang yang paling belakang.

Manakala, saya pula memang tiada masalah stamina berlari, tapi saya kurang skill latihan lain.

Selalu la kena marah dengan jurulatih. Abang2 jurulatih kami komando yang garang2. Tapi kami faham sebab kena marah penting supaya lebih ingat. Lompat payung terjun ni melibatkan nyawa.

Ada hari saya nangis, ada hari lain Dr Nadia pula menangis.. Dendanya extra pumping with knuckles dan bermacam lagi. Mana la main pumping perempuan dik oii. Kalau askar lain dendanya lebih teruk. Al-maklum lelaki dan nama pun askar.

Nak dijadikan cerita, waktu sesi latihan kami masa tu, YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan sekarang pula join sama. Jadi batch kami waktu itu, dapat lebih perhatian media. Tambah pula ada seri dua orang perempuan doktor.. hehe.

Biasanya perempuan jarang-jarang join. Macam bunga dikelilingi kumbang. Siap ada adegan lakonan YB KJ sewaktu kami berbaris di lapangan terbang di Kedah. Sudah la panas, disuruh berlakon pula..

Hikmahnya, kami menjadi lebih kental mental dan fizikal. Pada saya yang paling penting, diri lebih dekat dengan Allah. Asbab kebaikan airborne ini, sebab ianya bermula detik saya berhijrah memakai tudung.

Jujurnya saya pun tak pasti keputusan saya buat betul atau tidak
Mak saya pun menangis memikirkan kenapa saya teruskan juga mengikuti kursus yang tak wajib ni.

Sebab apa-apa boleh jadi. Salah landing, kaki, pinggang boleh patah riuk, payung boleh terbelit dengan orang lain. Nyawa pun boleh melayang kalau tak berhati-hati.

Tapi saya niatkan sebelum join, “Ya Allah, sekiranya hal ini baik untukku dan jalan untuk aku dekat padaMu, maka Kau permudahkanlah.”

Memang betul orang kata, saat paling dekat dengan Tuhan ialah bila kita ingat mati. Sebelum jump yang pertama (saya dipilih sebagai orang pertama di pintu kapal terbang untuk terjun), berdebar tu tak usah cakap. Macam2 zikir saya baca, mengucap, terkumat kamit mulut.

Memang benar, saat kita ingat Tuhan tu la yang paling tenang. Saya doa kalau saya mati dapat kematian husnol khotimah. Masa ini tawakkal 100% pada Allah.

Kami wajib menghabiskan 8 lompatan untuk mendapat logo wing di baju. Lepas habis setiap lompatan, kami kena lipat payung, berlari dan melapor diri. Kemudian naik truck 3 tan semula untuk jarak lebih kurang 3km kembali ke lapangan terbang untuk lompatan seterusnya. Satu hari kami lompat 2 kali. Lokasi merupakan di Padang Terap, Kedah.

Selepas lompatan terakhir, saya dan Dr Nadia menangis kegembiraan dan bersyukur selamat. Macam tak percaya selamat semuanya dan sudah habis. Happy sangat. Walaupun ianya merupakan kursus yang sekejap sahaja dalam hidup kami, tapi memorinya masih jelas sampai sekarang. Boleh la kami bercerita kepada anak cucu kami pengalaman berharga ini kalau panjang umur.

Walaupun sudah lama berlalu, saya masih ingat lagi YB KJ pernah beritahu kami, I am very proud of you both, Doctors. Batch kami digelar KJ Squad.

Alhamdulillah  masih diberi nyawa untuk bercerita dan berkongsi pengalaman berharga.

Semoga kita semua terus cekal menempuhi dugaan hidup walaupun sebanyak mana rintangan yang dihadapi. Allah will not give you something that you can’t handle. Stay strong, move forward and stay humble!

Terima kasih kerana sanggup baca panjang-panjang =).

~Dr Mawarni (Ex-Captain KKD)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need Help?
1
Need Help?
[ads] Hello, Mawarni Dental Clinic ! I Would Like To Know More About Your Services !