KARIES GIGI

Karies gigi lebih dikenali dalam masyarakat sebagai gigi berlubang . Karies boleh berlaku pada gigi susu mahupun gigi kekal.

Peringkat kejadian karies gigi

Bagaimana karies boleh berlaku?

Karies berlaku apabila terdapat pengumpulan plak atau tahi gigi di atas permukaan gigi terutamanya di permukaan mengunyah dan di antara celah-celah gigi. Plak mengandungi bakteria yang akan bertindak balas dengan gula di dalam makanan dan menghasilkan asid. Asid yang terkumpul akan melemahkan struktur enamel gigi melalui proses demineralisasi. Sekiranya dibiarkan terlalu lama dan tidak dibersihkan dengan baik, proses demineralisasi akan menyebabkan gigi berlubang.

Faktor kejadian karies gigi

Tanda-tanda karies

  • Perubahan warna kehitaman atau tompok putih pada gigi.
  • Permukaan gigi berlubang.
  • Makanan mudah terselit di celah-celah gigi.
  • Rasa sakit atau ngilu sewaktu makan atau minum.

Kawasan yang kerap berlaku karies:

  1. Di antara celah-celah gigi.
  2. Permukaan gigi geraham.
  3. Celah gigi berlapis.

Jenis rawatan

  1. Sapuan fluorida boleh dibuat sekiranya karies masih di peringkat awal, iaitu sebelum terjadinya lubang pada gigi. 
  2. Tampalan gigi akan dilakukan sekiranya gigi telah berlubang dan perlu dibuat secepat mungkin sebelum kaviti menjadi semakin besar dan akan menimbulkan simptom yang lebih teruk seperti sakit yang berpanjangan atau bernanah.
  3. Rawatan salur akar atau rawatan saraf gigi sekiranya karies telah melibatkan kebuk saraf gigi atau pulpa.
  4. Cabutan adalah jalan terakhir sekiranya karies terlampau besar dan dalam yang merosakkan hampir keseluruhan struktur gigi.
  5. Bagi yang mempunyai gigi berlapis hingga menyukarkan anda untuk membersihkan gigi dengan baik, rawatan ortodontik boleh diberikan untuk meningkatkan kualiti kesihatan dan penjagaan oral.

Langkah pencegahan

  1. Lakukan pemeriksan gigi secara berkala seperti yang selalu disarankan oleh doktor gigi anda.
  2. Berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari menggunakan ubat gigi berfluorida.
  3. Gunakan flos dan berus interdental untuk membersihkan celah-celah gigi.
  4. Kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang terlalu manis.
  5. Lebihkan pengambilan serat dalam diet seharian.

Karies gigi adalah keadaan yang boleh dicegah dan dielakkan sekiranya anda mengambl berat akan kesihatan oral anda secara keseluruhan. Fungsi oral yang baik adalah cerminan kesihatan anda. Buat temujanji ada di sini.

“Gigi sihat seumur hidup”

Share this post

Share on facebook
Share on email
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on print
Categories
Need Help?
1
Need Help?
[ads] Hello, Mawarni Dental Clinic ! I Would Like To Know More About Your Services !