Rawatan Pemutihan Gigi

APA ITU PEMUTIHAN GIGI?

Pernah dengar tentang rawatan pemutihan gigi? Dalam artikel kali ini kita akan bercerita tentang rawatan pemutihan gigi. Adalah menjadi impian setiap individu untuk memiliki gigi yang putih berseri. Doktor gigi seringkali mendapat pertanyaan daripada pesakit mengapa gigi mereka berwarna kekuningan tidak seperti selebriti popular yang mereka minati.

FAKTOR GIGI KEKUNINGAN

Gigi yang berwarna kekuningan boleh berpunca daripada beberapa faktor. Kita bahagikan faktor-faktor tersebut kepada faktor luaran dan faktor dalaman.

  • Faktor dalaman iaitu perubahan warna yang memberi kesan kepada lapisan dentin. Contohnya, fluorosis iaitu pendedahan fluorida secara berlebihan sewaktu dalam kandungan, pengambilan antibiotik tetracycline oleh wanita yang mengandung dan juga trauma kepada gigi yang menyebabkan pendarahan di dalam struktur gigi.
  • Faktor luaran yang memberi perubahan warna kepada enamel iaitu lapisan paling luar gigi. Contoh paling mudah adalah pengambilan kafein yang kerap dan merokok.
Struktur gigi

BAGAIMANA RAWATAN DILAKUKAN?

Rawatan pemutihan gigi adalah salah satu cara untuk membantu anda mendapatkan warna gigi yang lebih putih. Sebelum rawatan dimulakan, doktor gigi akan membersihkan permukaan gigi anda daripada sebarang plak dan kalkulus. Langkah ini penting supaya agen pemutih dapat bertindak ke atas permukaan gigi dengan optimum. Seterusnya, permukaan gigi akan disapu dengan agen pemutih gigi sebelum diaktifkan. Kebiasaannya, setiap sesi rawatan mengambill masa 3 hingga 5 kitaran untuk agen pemutih gigi memberikan kesan yang diingini.

Sebelum rawatan pemutihan

Selepas rawatan pemutihan

PENJAGAAN SELEPAS RAWATAN

Pesakit dinasihatkan untuk elak mengambil minuman berkafein atau makanan yang mempunyai pigmen warna yang kuat seperti kari selama seminggu selepas rawatan pemutihan gigi. Ada sesetengah pesakit mengalami gigi sensitif selepas rawatan untuk beberapa hari. Oleh itu, pesakit boleh menggunakan ubat gigi untuk gigi sensitif dan ubat penahan sakit sekiranya perlu.

Secara umumnya, rawatan pemutihan gigi adalah rawatan yang selamat. Anda juga boleh melihat perbezaan sebelum dan selepas rawatan dalam tempoh masa yang pendek. Jadi, tunggu apa lagi? Sila berjumpa doktor gigi anda untuk mendapatkan penyelesaian terhadap masalah gigi kekuningan. Klik link untuk mendapatkan temujanji anda di Klinik Pergigian Mawarni.

Share this post

Share on facebook
Share on email
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on print
Categories
Need Help?
1
Need Help?
[ads] Hello, Mawarni Dental Clinic ! I Would Like To Know More About Your Services !