mira filzah senyum

Pengorbanan Demi Sebuah Senyuman

Pada suatu hari, seorang wanita berumur dalam lingkungan 40an datang berjumpa saya. Tersipu-sipu malu, dia mengakui yang dirinya sudah lama tak jumpa Dr gigi.
Sebenarnya, seperti kebanyakan orang lain juga, dia akui selalu mengelak untuk datang sebab takut untuk menghadapi rawatan gigi.
“Sorry, gigi saya teruk,” kata Maya (bukan nama sebenar)
“Takpe, jangan risau. Saya da biasa. Memang kerja saya. Jangan malu-malu,” saya jawab.
Lepas saya periksa, saya dapati, giginya ada masalah gusi dan banyak karang gigi. Makan tahun juga dia tidak datang jumpa untuk rutin cuci gigi (scaling) setiap 6 bulan.
Susunan gigi pun agak tidak teratur untuk gigi depan. Seperti yang terlihat dalam gambar, disebabkan masalah gusi, gigi Maya ada yang bergerak dan menghasilkan ruang-ruang.
Gusinya turut kecut dan menyebabkan gigi-gigi sedia ada kelihatan lebih panjang daripada biasa.
Saya terus mengenali wanita sopan santun ini. Dia seorang surirumah. Mempunyai 5 orang anak lelaki.
Selepas selesai urusan rumah dan menguruskan makan minum anak, dia gigih memandu sendiri ke klinik demi mendapatkan gigi yang cantik dan sihat.
Saya terus merasakan besar tanggungjawab untuk membuatkan dia bahagia dan puas hati dengan rawatan yang bakal saya buat.

4 gambar di atas adalah senyuman beliau selepas scaling dan sebelum rawatan appliance dan veneer.


Keadaan gigi sentral insisornya yang kedepan menarik perhatian saya kerana perbezaan ketara dengan gigi lain. Besar kemungkinan, pergerakan gigi tersebut disebabkan keadaan gusi yang tidak sihat untuk jangka masa yang lama.
Ada beberapa gigi depannya goyang tapi masih boleh diselamatkan. Saya dapat rasakan, sedikit sebanyak keadaan gigi yang tak teratur itu ada memberi impak kepada keyakinan dirinya.
Saya ambil masa untuk menjelaskan keadaan giginya dan pilihan rawatan yang sesuai. Maya memang kalau boleh, tak nak cabut gigi dan cuba sedaya upaya untuk selamatkan gigi yang sedia ada.

Inilah rupa appliance apabila dipakai. Fungsinya adalah untu menolak gigi yang ke depan tersebut ke dalam semaksimum yang mungkin. Maya memakai dalam jangka masa 2 bulan sahaja.


Saya senaraikan rawatan yang dilaluinya untuk rujukan semua;
1) Scaling and polishing-Rawatan scaling atau cuci ini adalah rawatan paling basic untuk kesihatan gusi
2) Rawatan composite veneer- tujuannya untuk membetulkan keadaan gigi bawahnya yang terlalu tinggi dan memberi ruang pada gigi atas untuk bergerak ke dalam semaksimum mungkin.
3) Upper removable appliance- Maya memakai appliance ini untuk jangka masa lebih kurang 2 bulan untuk memasukkan gigi sentral incisor kanannya ke dalam. Dengan keadaan gusi yang tidak sihat, rawatan braces untuk mengerakkan giginya memang tidak sesuai.
4) Akhir sekali, setelah gigi tersebut dapat dimasukkan ke dalam sedikit, saya tutup ruang yang ada dengan composite veneer.

4 gambar di atas adalah selepas selesai semua rawatan.



Walaupun berdepan dengan pelbagai limitasi, akhirnya Maya sangat gembira dengan hasil akhir rawatan.
“Awak okay dengan senyuman sekarang? Ada apa-apa masalah selepas buat rawatan semalam,” saya tanya.
“I love it! Thank you for the excellent service,” dia jawab.
“Suami dan anak-anak perasan tak?” saya tanya lagi.
“Tiada siapa tahu, dan mereka pun tak tanya apa-apa lagi,” Maya jawab.
Mungkin sebab kelihatan natural hingga tidak perasan. Saya menasihatkan Maya untuk terus memakai appliance sebagai ‘retainer’ di waktu malam sahaja. Ini supaya, posisi gigi terus kekal seperti keadaan sekarang.
Dalam berdepan dengan pelbagai situasi, kami perlu memikirkan jalan terbaik bersesuaian dengan keadaan kesihatan, ‘expectation’ dan sosioekonomi pesakit.
Setiap faktor ini, amat mempengaruhi hasil akhir seni senyuman yang diberikan kepada individu tersebut.
Kami akan terus menerus membantu sehabis baik agar anda balik puas hati dengan senyuman baru.
Sebarang persoalan boleh diajukan terus kepada Dr Mawarni di kpmawarni@gmail.com.
Sebaiknya berbincang live terus dengan membuat temujanji di nombor 017-6600160.
Jumpa di klinik okay =).
Yang Ikhlas,
Dr Mawarni



Share this post

Share on facebook
Share on email
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on print
Categories
Need Help?
1
Need Help?
[ads] Hello, Mawarni Dental Clinic ! I Would Like To Know More About Your Services !